Skip to main content
HomeViral

Kembara Amal Ramadan FDAM 2015 Untuk Beramal Jariah

By 30 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Dila Khamde

 PUTRAJAYA, 30 Jun 2015 (Malaysiaaktif) – Buat kali kedua Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) melancarkan program Kembara Amal Ramadhan pagi tadi.

Konvoi enam buah kenderaan itu dilepaskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Shabery Cheek di Menara KKMM.

Pengarah Kembara Amal FDAM 2, Khalil Haji Salleh berkata penjelajahan konvoi tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran serta rasa prihatin di kalangan peserta untuk berbakti dan beramal jariah.

 

20150630_101516

 

“Misi mendedahkan kepada ahli-ahli FDAM aktiviti beramalsebagai kewajipan setiap manusia,” kata beliau.

Program 2015 mendapat sokongan KKMM dan Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.

Kembara lima hari dari 30 Jun hingga 5 Julai ini akan menjelajah Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

 

20150630_101723(0)

 

Lokasi pelepasan kembara dilakukan di empat lokasi, termasuk Putrajaya, Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Merlimau, Melaka (PMM), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS).

Antara pengisian program, penyerahan sumbangan kepada penduduk daif, majlis berbuka puasa bersama orang kampung, kerja amal dan sesis apresiasi filem melibatkan pelajar-pelajar Politeknik Malaysia.

Kembara Amal Ramadhan 2015 turut menerima sumbangan daripada Jam’atu Shaaba Agency Takaful ETIQA, Saga Merah, Bob Republic Burger & Ribs, Solo Skin Care, Pentas Wayang Production Sdn Bhd, Dr. Rozmey Group serta daripada individu-individu secara langsung dan tidak langsung.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda