Skip to main content
HomeViral

Gara-Gara Silap Faham, Azwan Ali ‘Privatekan’ Twitternya

By 30 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Muhamad Fauzi Syd Mostapa

 KUALA LUMPUR, 30 Jun (Malaysiaaktif) – “Sundal, bertudung, paling binatang, menyalak real anjing, puiii puas hati tak neraka?” begitulah tweet Azwan Ali yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Azwan menerusi akaun twitternya bertanya kepada pengikutnya, “Slm nak steak la todayyyy. Cari café yang tidak sesak dgn Melayu, jebawook! Any ideas,” kemudiannya berasa sakit hati dengan dengan jawapan ‘Menate’ yang di ‘tweet’ oleh pengikut Twitternya, Nur Azira Wazi Azman .

‘Menate’ mengikut dialek Kelantan bermaksud binatang, namun Nur Azira Wazi Azman sebenarnya mahu mencadangkan Me’nate Steak Hub yang merupakan sebuah restoran stik eklusif di Ampang dan Wangsa Maju.

 

Menate2

Nur Azira Wazi Azman sekeluarga dijemput pemilik ‘Menate’ berbuka puasa di restorannya.

 

Isu tersebut lantas menjadi viral di Facebook dan Twitter. Azwan Ali turut memuatnaik video ketidakpuasan hatinya berkenaan isu ini.

Pemilik restoran pula mengambil langkah positif untuk mententeramkan keadaan dengan menjemput Nur Azira Wazi Azman sekeluarga melalui Facebook beliau untuk berbuka puasa di restorannya kelmarin.

Menurut pemilik restoran Mustaffa Haji Othman,

Yang keruh kita jernihkan.
Yang silap kita maafkan.
Yang kusut kita leraikan.
Yang Hitam kita putihkan.
Yang tumbang kita tegakkan.
Yang bercakaran kita amankan.
Yang buruk kita baikkan.

Berikutan epidsod terbabas itu, Azwan Ali pula telah menukar mod akaun Twitternya kepada mod privasi kerana menerima kritikan hebat daripada orang ramai.

 

Tinggalkan komen anda