Skip to main content
HomeViral

Menteri Kesal Pendekatan ‘Wartawan’ Siber Di Media Sosial

By 16 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

RANAU, 16 Jun (Malaysiaaktif) — Dalam era digital dengan pelbagai platform Internet, seperti Facebook, Twitter, antara lain, ramai yang begitu ghairah menjadi wartawan atau pelapor siber, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan sewaktu lawatan ke sini pada Isnin.

Tetapi, terdapat ramai dalam kebanyakan kes memberi laporan yang salah, hingga ada yang menjurus kepada fitnah.

Menurut Rahman, contoh terbaharu, seperti yang berlaku apabila satu gambar diambil semasa seorang pegawai bomba dari Ranau yang dikenali sebagai Jimmy sedang makan ketika kerja-kerja menyelamat berjalan di Gunung Kinabalu.

Berikutan berita itu, beliau dicaci dan dikutuk di media sosial sedangkan ramai yang tidak menyedari bahawa beliau antara yang paling awal sampai di lokasi bencana gempa bumi.

Semasa gambar diambil Jimmy sedang berehat setelah bertungkus-lumus bekerja lebih 48 jam tanpa henti.

Rahman yang juga berasal dari Sabah, memuji usaha gigih dan sifat dedikasi beliau sebagai anggota bomba dan penyelamat.

Di penjuru lain, seperti di puncak Gunung Kinabalu, masalah yang sama juga berlaku apabila ‘wartawan’ siber membuat ‘posting’ gambar anggota penyelamat yang kononnya menarik mayat, walhal anggota berkenaan baru mengangkat bahagian kepala mayat sebelum rakannya  mengangkat kaki mayat.

Rakaman foto  hanya merekodkan dan membekukan satu pergerakan, lantaran dilihat ramai sebagai kelakuan biadab.

Rahman mengingatkan ‘wartawan’ siber supaya jangan terlalu teruja membuat ‘posting’ berita  sebelum mengesahkan kejadian.

Tinggalkan komen anda