Skip to main content
HomeViral

Wanita Maut Langgar Belakang Kereta Di Lebuhraya MEX

By 16 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Munzir Madhadzir

 SERI KEMBANGAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang penunggang motosikal maut setelah melanggar kereta rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Maju (MEX) di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan berhampiran Kawasan Rehat Seri Kembangan menghala ke Putrajaya itu, mangsa Nor Liyana Jaafar, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.

 

20150615201700 (2)

Cermin kereta berkecai dilanggar motosikal.

 

20150615201700 (3)

Mangsa meninggal di tempat kejadian.

 

Menurut pemandu kereta terbabit yang enggan namanya didedahkan berkata, dia menghentikan kereta di lorong kecemasan apabila enjin mati.

Ketika cuba menghidupkan kembali enjin, tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman kuat dan mendapati cermin belakang keretanya berkecai.

Dia keluar dari kereta dan mendapati mangsa terbaring di jalan raya dengan kecederaan di kepala dan belakang.

Rakan sekerja mangsa yang berada di tempat kejadian memberitahu mangsa jarang menggunakan Lebuhraya MEX untuk ke tempat kerja di Cyberjaya dari kediamannya di Serdang.

Baru-baru ini,  Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pernah berkata pihaknya sedang mengkaji permintaan pemegang konsesi LebuhrayaMEX dan Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH) untuk melarang penunggang motosikal menggunakan kedua dua lebuh raya tersebut atas alasan keselamatan.

 

20150615201700 (1)

Tinggalkan komen anda