Skip to main content
HomeViral

RASMI:Pakatan Rakyat Sudah Terkubur

By 16 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 PETALING JAYA, 16 Jun – DAP mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Setiausaha-Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan sekali gus membawa kepada situasi itu.

Beliau berkata, “ Oleh kerana Pakatan Rakyat ditubuhkan oleh tiga buah parti berdasarkan konsensus dan ikatan dasar bersama, usur PAS itu telah dengan secara berkesan melenyapkan Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.”

Keputusan dibuat pada mesyuarat CEC malam tadi.

Lim mendakwa bahawa Pakatan itu hampir lumpuh buat beberapa kali pada tahun lalu kerana Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang telah melanggar keputusan-keputusan yang dipersetujui semasa mesyuarat-mesyuarat kepimpinan Pakatan.

Menurut beliau, keadaan hampir lumpuh itu menjadi lebih buruk berikutan kesediaan Hadi untuk mewujudkan kerajaan bersama dengan UMNO berserta sokongan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun berikutan pendedahan mengenai penggunaan wang Lembaga Tabung Haji untuk membeli tanah daripada 1MDB.

Lim berkata DAP akan bekerjasama dengan PKR dan lain-lain pihak yang inginkan terkuburnya pemerintahan satu parti UMNO/Barisan Nasional.

Pakatan ditubuhkan pada April 2008 selepas pilihanraya umum ke-12.

 

 

 

Tinggalkan komen anda