Skip to main content
EkonomiHomeViral

Projek Pembiakan Ikan Arowana Bukit Merah Tidak Menjadi

By 16 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 16 Jun — Pelaburan sejumlah RM600,000 bagi pembiakan 70 ekor ikan Arowana untuk Program Ikan Hiasan di Bukit Merah, Perak, tidak menjadi apabila kesemua ikan tersebut tidak membiak.

Laporan Ketua Audit Negara (siri kedua) berkata ikan itu tidak membiak sejak dibeli pada tahun 2011, biarpun secara normal ikan-ikan jenis Arowana membiak sekali dalam setahun.

Audit yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), yang menguruskan Program Akuakultur di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang, mendedahkan secara laporan keseluruhan program tersebut adalah tidak memuaskan.

“Sebanyak 1,600 sangkar ikan telah dibina untuk program akuakultur Sungai Menghulu, tetapi 800 sangkar telah musnah semasa ribut.

“Progressive Ocean Sdn Bhd membina semula 400 sangkar, tetapi hanya 100 daripada mereka yang gunakan,” laporan tersebut merujuk kepada salah satu daripada lima syarikat utama yang menjalankan program ini.

Syarikat utama juga membina sebuah kilang pemprosesan makanan di Tanjung Dawai yang tidak mengikut syarat-syarat perjanjian. Namun, NCIA telah meluluskan pembayaran sebanyak RM5 juta untuk tujuan itu.

Bagi pengeluaran udang putih, audit melaporkan 15 daripada 28 buah kolam dibina untuk program akuakultur Sungai Kerang tidak digunakan dan operasi kilang pemprosesan di Kamunting, Perak, telah dihentikan pada bulan Ogos tahun lalu kerana bekalan dari kolam tidak mencukupi.

Sementara di Perak, 105 daripada 140 buah kolam udang putih di Selinsing dan 161 daripada 168 di Pulau Gula tidak digunakan.Audit turut melaporkan bahawa syarikat-syarikat yang menjalankan projek ini tidak mematuhi perjanjian yang ditetapkan bersama NCIA.

“Pemilikan lima bot bernilai RM1.15 juta yang telah dibiayai oleh NCIA, tidak dipindahkan kepada mereka, dan insurans RM900,000 pada kemudahan dan alat yang digunakan tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian.

Tinggalkan komen anda