Skip to main content
HomeViral

Penjawat Awam Ditangkap Persenda Rakyat Sabah

By 8 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 8 Jun – Seorang penjawat awam berumur 22 tahun ditangkap kerana mempersendakan rakyat Sabah berikutan gempa bumi pada 5 Jun yang mengorbankan 18 orang, termasuk pendaki dan malim.

Lelaki yang post pada laman Facebook pada 6 Jun, “kene gempa bumi bru nk kecoh … Standard la negeri penuh sociality … pub … night club trbanyak di Malaysia. Nak bergoncang sangat. Sekarang Tuhan goncangkan. Kenapa takut?”

Ketua polis Bandaraya ACP M. Chandra berkata lelaki tersebut ditangkap pada pukul 9 malam, kurang dua jam selepas laporan dibuat.

“Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad SIM daripada suspek dan mengambil keterangan untuk siasatan,” katanya.

ACP Chandra berkata beliau akan mengemukakan kes itu kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin untuk tindakan.

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda