Skip to main content
HomeViral

Sabah Berkabung, Kibar Bendera Separuh Tiang

By 8 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

RANAU, 8 Jun — Sabah hari ini berkabung menyusuli tragedi gempa bumi yang melanda utara negeri itu baru-baru ini.

Sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan yang dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut dibatalkan.

Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat telah ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.

Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.

Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.

Tinggalkan komen anda