Skip to main content
HomeViral

Rasuah Pembalakan RM500,00 Di Gerik, Lelaki Direman

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, PERAK 3 Jun  — Seorang pengusaha syarikat pembalakan direman bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah berjumlah RM500,000.

Lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,(SPRM) supaya tidak meneruskan siasatan terhadap aktiviti pembalakan.

Suspek direman 4 hari bermula hari ini.

Majistret Rahimah Rahim membenarkan lelaki berusia 36 tahun itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut jurucakap SPRM, pihaknya menahan lelaki terbabit di sebuah restoran makanan segera di Meru, pada pukul 11.30 pagi semalam.

Suapan diberi supaya tidak meneruskan siasatan terhadap aktiviti pembalakan di luar kawasan yang dilesenkan di Hutan Simpan Temenggor, Gerik.

Tinggalkan komen anda