Skip to main content
HomeViral

Dewan Ulama: Semua Jawatan Menang Tanpa Bertanding

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Datuk Dr Mahfodz Mohamed menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Ulama PAS bagi sesi 2015-2017 hari ini, begitu juga semua calon barisan kepimpinan yang diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan masing-masing.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Ulama PAS Mohd Diah Baharum pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak di sini.

Dr Mahfodz sebelum ini memangku jawatan berkenaan setelah kematian penyandangnya Datuk Harun Taib pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh diumumkan sebagai Timbalan Ketua Dewan Ulama, manakala Datuk Dr Johari Mat sebagai naib ketua.

Berikut adalah senarai penuh Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi 2015-2017:

Pengerusi Tetap : Dr Hamdan Muhamad
Timbalan Pengerusi Tetap: Omar Hashim
Ketua Dewan Ulama : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Timbalan Ketua Dewan Ulama : Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh
Naib Ketua Dewan Ulama : Datuk Dr Johari Mat
Pemeriksa Kira-Kira: Ibrahim Omar dan Hanafi Rusyan

Anggota Jawatankuasa Kerja:

1. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
2. Nasruddin Hassan At Tantawi
3. Abu Bakar Abdullah
4. Hussin Awang
5. Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
6. Nazmi Nik Din
7. Zulkifli Ismail
8. Khir Muntanazar Ismail
9. Mohd Asri Mat Daud
10. Azhari Yaakob
11. Mustafa Syaari
12. Abdullah Hussin

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda