Skip to main content
HomeViral

Sebahagian Lebuhraya Sultan Iskandar Ditutup Kerana Mendap

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Malaysiaaktif) — Sebahagian Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru ) ditutup setelah sebahagian daripada jalan raya itu mendap, menyebabkan kesesakan teruk di bandaraya.

Pemendapan itu pertama kali dikesan pada Selasa dan menyebabkan penutupan lorong kiri lebuh raya selepas Jalan Damansara- Jalan Parlimen.

Sejak itu pemendapan menjadi lebih serius hingga memaksa aliran trafik dilencongkan ke Jalan Parlimen pada Rabu.

Menurut beberapa post Twitter, kesesakan berlaku hingga ke Jalan Tun Razak.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nadzri Hussain berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.

“Kami menggesa semua pengguna jalan raya mengelak daripada menggunakan jalan ini buat masa sekarang dan menggunakan laluan alternatif,” kata beliau dalam satu kenyataan Rabu .

Beliau berkata, pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Damansara, Jalan Parlimen dan Jalan Tun Razak (selatan) sebagai laluan alternatif untuk keluar bandar.

Tinggalkan komen anda