
SINGAPURA, 8 Jun — Malaysia memulakan hari keempat Sukan SEA ke-28 hari ini dengan kilauan emas menerusi Muhd Hafizuddin Mat Daud dalam acara perseorangan petanque, sebentar tadi.
Atlet negara itu menewaskan Thong Chhoeun dari Kemboja dengan kiraan 13-6. Terdahulu, Muhd Hafizuddin menewaskan Keokannika Phoudthala dari Laos 13-3 di separuh akhir.
Kejayaan Hafizuddin menjadikan jumlah pingat emas negara bertambah kepada sembilan hari ini. Pada edisi dua tahun lalu, kontinjen petanque negara gagal meraih sebarang emas dengan kelima-lima pingat yang dimenangi adalah gangsa.