
Oleh Azrul Hassan (Pulau Pinang)
GEORGETOWN, PULAU PINANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) –– Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan P.Ramlee pada kira-kira pukul 2.00 tadi.
Dua buah jentera bersama 32 anggota dari Stesen Bomba Jalan Perak dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela tiba sejurus setelah dimaklumkan oleh orang awam.
Api dapat dikawal setengah jam kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua mangsa sempat melarikan diri sebelum api merebak.
Jumlah kerugian belum dapat dipastikan.