Skip to main content
HomeViral

TMJ: Pemimpin Kini Kurang Mencerminkan integriti

By 29 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR ,29 Jun (Malaysiaaktif) — Kebanyakan pemimpin sekarang kurang integriti, ciri mulia yang wajib ada dalam diri setiap pemimpin. Pemimpin pengecut pula merupakan golongan paling bahaya.

Pendapat itu disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

“Sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, sifat ini semakin sukar dijumpai,” kata baginda.

Baginda turut menyebut keperluan mengenal pasti sesuatu masalah sebelum menjadi darurat.

Baginda berkata, erti kepimpinan itu diberikan oleh nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

“Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat teguh dan bukannya daripada kedudukannya”

“Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

“Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu menunjukkan yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin,” titah baginda.

Kenyataan TMJ itu merujuk kepada kepemimpinan Negeri Johor yang sering dikritik oleh pihak  lain.

“Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya.

Tunku Ismail berkata baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

 

 

Tinggalkan komen anda