
Oleh Pradeep Kumar
BUKIT TINGGI, PAHANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) — Sebuah treler 18 tayar terbabas di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Genting Sempah menghala ke Genting Highland pada kira-kira pukul 12.45 sebentar tadi.
Akibat kemalangan terler tersebut terbabas dan terhumban merintang jalan raya.
Kemalangan menyebabkan trafik menghala ke Genting Highlands tergendala dan menjadi sesak hingga beberapa kilometer, sementara menunggu kerja mengalih treler dilakukan.
Pemandu treler dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbabas.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.