
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Kekecohan berlaku di luar dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana sepatutnya berlangsung dialog ‘Nothing2Hide’ 1MDB pagi tadi.
Bagaimana pun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan polis membatalkannya atas sebab-sebab keselamatan, walaupun penganjur mahu meneruskan sesi tersebut.
Lebih 2,500 orang berasak memenuhi ruang dewan.