Skip to main content
HomeViral

Video Tun Mahathir Diminta Polis Berhenti Berucap

By 5 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Malaysiaaktif) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghentikan ucapannya pada sesi dailog ‘Nothing2Hide’ berkaitan 1MDB oleh polis pagi tadi.

Tun Mahathir tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk dialog yang sepatutnya turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan supaya dailog itu dibatalkan atas sebab keselamatan.

Kekecohan berlaku apabila beberapa orang pegawai polis masuk ke dewan untuk memberitahu Tun Mahathir agar berhenti berucap.

Menurut polis mereka menerima arahan untuk berbuat demikian.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda