Skip to main content
GlobalViral

Vietnam Tahan Suspek Rampas Kapal Mt Orkim Harmony

By 19 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 19 Jun — Lapan suspek yang merompak kapal tangki MT Orkim Harmony ditahan pihak berkuasa Vietnam, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata mereka ditahan berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan.

“Mereka kini sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa Vietnam,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan MT Orkim Harmony di sini hari ini.

Ahmad Puzi berkata pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa Vietnam bagi mendapat kerjasama untuk membawa penjenayah itu ke Malaysia.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda