
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Malaysiaaktif) ā Akhbar British The Daily Mail hari ini menyiarkan berita mengenai sekumpulan pelancong yang berbogel dan kencing di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.
Berita tersebut mendapat banyak reaksi dari seluruh dunia yang sebahagian besar mengecam tindakan biadab pelancong yang dipercayai dari Kanada itu.
Seorang pembaca dari Liverpool, United Kingdom berkata āBerbogel di khalayak ramai salah di sisi undang-undang di UK, dan juga salah di Malaysia. Mereka melanggar undang-undang secara terang-terangan. Mereka mesti dihukum.ā
Pembaca dari Springfield, Amerika Syarikat, pula menulis, ā Kenapa seseorang itu perlu menanggalkan pakaian untuk mengambil gambar semasa bercuti? Begitu kecil kehidupan manusia sebegini hanya sekadar untuk menyiarkan sesuatu pada akaun media sosial mereka. Berjaya mendaki gunung di Malaysia itu hingga ke puncak tidak memadai bagi mereka… mereka rasa perlu berbogel sementara berada di atas?ā
Sementara itu seorang pembaca dari Australia pula menulis, ā Jom kita ke England dan kencing di hadapan istana Buckinghamā¦orang Inggeris (****perkataan lucah) wajib diharamkanā¦ā
āSmallworldā dari Washington DC turut mengecam kelakuan sumbang itu. Beliau menulis, āAnda seharusnya menghormati adat sesebuah negara yang dilawati, terutama lokasi-lokasi seperti itu. Mengetepikan tata tertib adalah biadab.ā