Skip to main content
Home

Fiesta Aidilfitri Puspanita JPA , Ohhsem Network

By 8 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Farahdila Wati Mohd Khamde Khuzaini

 PUTRAJAYA, 8 JULAI 2015 (MalaysiaAktif) – Belanja sambil menderma antara aktiviti bagi pengunjung Program Fiesta Aidilfitri 2015 di Perkarangan Blok C3, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang bermula hari ini sehingga Jumaat.

Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ohhsem Network ini bertujuan memupuk semangat keusahawanan di kalangan ahli dengan memberi peluang perniagaan dan sumber pendapatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia juga membantu memudahkan persiapan sambutan Hari Raya bagi warga Putrajaya, umumnya, serta warga Perkhidmatan Awam, khususnya.

Gerai-gerai jualan disertai oleh ahli PUSPANITA JPA, Kelab JPA, Agensi-agensi Kerajaan dan Kumpulan Artis dari Ohhsem Network.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, termasuk Demonstrasi Solekan dan Hijab, Preview Pelancaran Buku “Ada Iman, Baru Syok, Boleh Fight” oleh Adam Corrie dan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Ashraf Alhijrah.

Antara artis yang turut hadir memeriahkan program ini, termasuk Isman Hijjaz, Azmir Raja Lawak, Saleem Iklim, Lan Kristal, Syura Masterchef, Nubhan Akedemi Fantasia dan ramai lagi.

Sebanyak 40 gerai jualan ala ‘bazaar’ menjual pelbagai barangan raya, seperti kuih, raya, pakaian dan kosmetik.

Juga terdapat gerai jualan juadah berbuka puasa bagi kemudahan pengunjung.

Program dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA JPA, Puan Sri Asmahan Ismail.

 

Tinggalkan komen anda