Skip to main content
HomeViral

MYKOMUNITI-NCD Bagi Mengurangkan Beban Penyakit

By 30 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Malaysiaaktif) – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) mengambil inisiatif melaksanakan skim MYKOMUNITI-Non Communicable Diseases (NCD) selari dengan aspirasi untuk mengurangkan beban penyakit.

Penyakit yang tidak diurus dan dikawal dengan baik hanya akan mengakibatkan pelbagai komplikasi dalam badan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Subramaniam berkata, untuk menghasilkan sebuah negara bebas daripada NCD, ia memerlukan kerjasama dan kesabaran rakyat.

“Ini merupakan isu besar dalam negara kita dan penyakit serius seperti ini perlu ditangani dengan baik kerana ia menjadi risiko utama kematian penduduk di seluruh dunia”

“Kalau kita lihat, 15% punca kematian ada berkaitan dengan darah tinggi, diikuti penggunaan tembakau sebanyak sembilan peratus, kandungan gula berlebihan dalam darah sebanyak enam peratus dan lebihan berat badan serta obesiti mencatatkan lima peratus”

Beliau berpendapat tahap kesedaran kesihatan di kalangan Malaysia harus diambil serius.

“Di negara kita mengikut anggararan, lebih 2.6 juta rakyat menghidap penyakit diabetis, 5.8 juta menghidap hypertension dan 6.2 juta mempunyai tahap kolestrol tinggi”

“Bila penyakit-penyakit ini mempunyai implikasi dari segi kos dan ekonomi, contohnya seseorang yang mendapat penyakit kanser akibat daripada perkara yang disebut tadi, kos rawatan boleh sampai 300 ribu ringgit untuk mereka yang mendapat penyakit buah pinggang boleh mencapai kos sehingga 150 ribu ringgit”

Program tersebut disokong oleh Kementrian Kesihatan dengan kerjasama inovasi beberapa badan NGO dan Universiti

 

Tinggalkan komen anda