
Oleh Azrul Hasan
GEORGETOWN, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Seorang penyelia pengawal keselamatan yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya esok ditemui maut ketika sedang berehat diatas kerusi di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Pegawai Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan Jamil Sharif, 54, ditemui rakan beliau tidak sedarkan diri di atas kerusi tersebut. Kejadian ini telah dirujuk kepada pihak Polis dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.00 petang tadi.