Skip to main content
EkonomiHomeViral

Tun Mahathir Pilih Untuk ‘Mengunci Mulut’

By 31 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, July 31 — Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk ‘mengunci mulut’ daripada terus mengkritik dakwaan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malahan, bekas Perdana Menteri itu juga sempat mengingatkan wakil media supaya tidak mengajukan soalan berhubung isu berkenaan kepadanya.

“Saya nak beri amaran bahawa saya tak boleh jawab apa-apa soalan mengenai 1MDB kerana ia sekarang menjadi satu jenayah apabila bercakap mengenai 1MDB,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pusat Hati di Prince Court Medical Centre di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui beliau menonton klip video mengandungi dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya seperti yang tersebar di Internet.

“Ya saya tonton. Semua orang juga tonton. Tapi Najib tidak pernah nafi mengenai RM2.6 bilion itu.

“Cuma saya tak boleh cakap mengenai 1MDB, ia adalah jenayah kalau cakap mengenainya,” katanya mengulangi kata-katanya terdahulu.

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik di Internet sebelum ini menunjukkan, Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Ditanya mengenai kemungkinan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara akan menjejaskan siasatan berhubung 1MDB, Dr Mahathir berkata: “Siasatan? Peguam Negara baharu juga boleh siasat. Saya yakin beliau akan siasat.”

— The Star

Tinggalkan komen anda