Skip to main content
HomeViral

Berhimpun Di Stadium, Boleh Menjerit, Telanjang

By 20 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 20  Ogos – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jika Bersih 4.0  diadakan di tempat tertutup, mereka boleh menjerit dan bertelanjang.

Beliau berkata, bagaimana pun, mereka tidak akan dibenarkan berkumpul di tempat awam seperti mana rancangan untuk perhimpunan Bersih 4.0 yang di jadual diadakan  pada 29 dan 30 Ogos ini.

“Kita tidak mahu mereka berada di tempat terbuka, dan jika mereka mahu, mereka boleh pergi ke mana-mana stadium.”

“Mereka hendak menjerit, mereka boleh bertelanjang atau melakukan apa sahaja,” tegas Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Laman@Eco Sky Park hari ini.

“Kami tidak memberikan mereka kebenaran untuk melakukannya di Dataran Merdeka atau Padang Merbok.”

“Mereka meminta tempat untuk mengadakan demonstrasi dan kerajaan telah membenarkan mereka ‘tunjuk rasa’ dalam kawasan tertutup. Bukan tempat awam.

“Perlu diingat bahawa Malaysia sebuah negara pelbagai bangsa, pelbagai budaya, pelbagai etnik dan pelbagai agama.

“Apa akan terjadi sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang tidak diingini; apa akan berlaku kepada negara ini? Apakah kita mahu mengambil risiko itu?” katanya.

Tengku Adnan berkata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz sebelum ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai perhimpunan Bersih 4.0.

“Jadi, kami akan serahkan kepada polis; kami juka mengatakan tidak kerana Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah yang digunakan untuk Hari Kebangsaan dan kita tidak akan membenarkannya, “ tambah beliau.

Polis Kuala Lumpur juga tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan berikutan keengganan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan ia diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Sementara itu, walau apa sekali pun, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkeras mahu meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan tersebut berhampiran Dataran Merdeka. Beliau juga berkata perhimpunan itu tidak akan mengganggu persediaan untuk perarakan Hari Merdeka.

Tinggalkan komen anda