Skip to main content
HomeViral

Bersih 4.0, Saya Bersangka Baik – Nur Jazlan Mohamed

By 13 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Diyana Zamri

PUTRAJAYA, 13 Ogos (MalaysiaAktif) – “Demonstrasi dengan aman, saya rasa, kerajaan tiada masalah. Polis pun dah keluar kenyataan bahawa BERSIH boleh buat demonstrasi tersebut tapi buat dengan cara aman, dan jangan timbulkan kekacauan.”

Itu yang disuarakan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai isu BERSIH 4.0 yang akan diadakan selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos ini.

Mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim di Kuala Lumpur tengah hari Rabu, Jazlan berkata, “Saya bersangka baik. Untuk saya, kerajaan kita terbuka, kerajaan kita membenarkan demonstrasi.”

“Jadi kita bersangka baik sampai berlaku kejadian atau kekacauan [sehingga] polis terpaksa ambil tindakan yang tegas, itu risiko yang [perlu] diambil oleh BERSIH.”

“Sekiranya mereka hendak menjalankan demonstrasi ini tapi akhirnya mereka tidak dapat kawal dan polis terpaksa bertindak, itu saya rasa penganjur BERSIH kena ambil tanggungjawab,” jelas beliau lagi.

Jazlan berkata demikian ketika ditemui bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir Anak Kujat sewaktu lawatan kerja ke Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Putrajaya semalam.

Tinggalkan komen anda