
Oleh Muhammad Rizal Redzuan
SHAH ALAM, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Kelas Muallaf Surau Al Hidayah, Seksyen 11 baru-baru ini mengadakan majlis Sambutan Aidilfitri sesama mualaf di sekitar Shah Alam.
Program diketuai oleh Guru Kelas. Ustaz Ahmad Firdaus Mohamad yang juga anak kepada salah bekas seorang mualaf.
Menurut definisi, mualaf adalah mereka yang memeluk Islam kurang daripada lima tahun.
Di Shah Alam terdapat kira-kira 10 kelas, selain lebih 300 kelas di sekitar Selangor untuk para mualaf belajar mengenai agama Islam.
Setiap kelas yang mempunyai sekitar 50 orang menganjurkan aktivitinya sendiri dengan bimbingan daripada MAIS & PERKIM.
Bagi pelajar dan tenaga pengajar di Surau Al Hidayah Seksyen 11, mereka memilih untuk mengadakan jamuan raya secara ‘pot luck’.
Seramai 42 orang pelajar hadir membawa makanan dari rumah masing-masing untuk dinikmati bersama pelajar lain. Bagi yang berkeluarga, mereka digalakkan membawa keluarga bersama bagi mengeratkan silaturahim.
Bagi Khairunnisa Veronica Abdullah, 36, selain dapat mengeratkan silaturahim, majlis sebegini juga mampu memberikan semangat kepada mualaf baru untuk datang belajar agama dengan lebih bersungguh-sungguh kerana situasi mesra dan gembira yang diwujudkan.