Skip to main content
HomeViral

Johan Nafi Ditekan Lepaskan Jawatan Pengerusi Media Prima

By 13 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) — Media Prima Berhad melantik Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor sebagai pengerusi, berkuatkuasa 1 September ini, bagi menggantikan Tan Sri Johan Jaafar.

Fateh Iskandar buat masa sekarang pengarah urusan kumpulan  dan ketua pegawai eksekutif Glomac Berhad.

 

LLP_6070

Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

 

Terdahulu, Johan menafikan beliau menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan.

Menurut beliau, berakhir 31 Ogos ini kontrak beliau akan berakhir, setelah menjadi pengerusi syarikat tersebut selama 2,316 hari.

Johan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau juga Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang merupakan panel di bawah Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

“Saya akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan akan terus bersuara bagi pihaknya secara adil dan tanpa takut atau memihak,” katanya.

Antara syarikat di bawah Media Prima Berhad, termasuk TV3.

 

 

Tinggalkan komen anda