Skip to main content
HomeViral

Hujan Lebat Menyebabkan Banjir Kilat di Kuala Lumpur

By 13 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mahazir Yusuf & Sulastri Mohd Juki

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam petang tadi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan bandaraya ini.

Antara kawasan terbabit termasuk Jalan Kolam Air, Jalan Selvadurai, Jalan Rahmat, sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Segambut, di mana air dilaporkan naik antara 0.3 hingga 0.5 meter.

Sebuah tren komuter terhenti di landasan bersebelahan Jalan Kuching menuju ke pusat bandaraya.

Menurut penumpang yang menghubungi Malaysiaaktif , kejadian berlaku kerana hujan lebat yang berlaku di kawasan tersebut ketika itu.

Turut terkesan stesen komuter di Segambut yang dinaiki air, hingga menyebabkan ratusan penumpang terperangkap dalam tren.

Usaha bantuan digerakkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membantu mangsa.

 

20150813062555

 

20150813062516

Penumpang komutr terkandas di platform.

 

20150813060447

Sumber foto: Media Sosial

 

Menurut sumber Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, punca banjir disebabkan limpahan air hujan yang begitu banyak hingga melebihi kemampuan sungai.

Sumber itu berkata bagi menangani masalah ini, rangkaian perparitan perlu dinaik taraf, selain tumpuan kepada projek tebatan banjir Sungai Batu dan hilir Sungai Gombak.

 

20150813061056

Sumber Foto: Media Sosial

 

Tinggalkan komen anda