Skip to main content
HomeViral

Pemantapan Bidang Teknikal dan Vokasional di Malaysia

By 3 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan tertinggi – Emas oleh Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APCC) pada Mei 2015.

Seiring pencapaian tersebut, Malaysia dengan kerjasama Pejabat Serantau UNESCO Bangkok, dipilih sebagai penganjur Persidangan Pendidikan dan Latihan Asia Pasifik 2015.

Dengan tema ‘Making Skills Development Work for the Future’ (Ke Arah Memantapkan Bidang Kemahiran dan Vokasional), persidangan ini menghimpunkan lebih 48 buah negara yang terlibat dalam bidang kemahiran dan vokasional.

Perkongsian pintar menerusi persidangan ini akan membantu Malaysia mengorak langkah menjayakan transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) yang telah diberikan penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-11 oleh Perdana Menteri.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi telah merangka tindakan selari dengan keperluan guna tenaga Abad ke-21.

Ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Menurut Menteri Pendidikan ,Datuk Seri Mahdzir Khalid,  salah satu komponen penting dalam memacu pembangunan negara ialah latihan vokasional di mana statistik 2013 menunjukkan 50% pelajar memilih untuk belajar dalam bidang tersebut.

“Ramai pelajar cemerlang tidak memilih untuk memasuki bidang ini walaupun banyak peluang pekerjaan menanti mereka. Persidangan ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat,’ tambahnya.

Persidangan yang bermula hari ini di Hotel Berjaya Times Square akan berakhir pada 5 Ogos 2015.

 

 

Tinggalkan komen anda