Skip to main content
HomeViral

16 Orang Terima Surat Tawaran Di Bawah PPR

By 2 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norsuzielawati Jamaludin

KUALA LUMPUR ,2 Ogos 2015 Ahad – Seramai 16 orang menerima surat tawaran rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kawasan Parlimen Batu hari ini.

Surat disampaikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam satu majlis di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2.

Majlis disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula dengan ucapan Hishamuddin di mana beliau menyeru semua ahli parti supaya bersatu, terutama dalam usaha menangkis pelbagai tuduhan palsu yang tersebar luas, termasuk isu 1MDB.

Hishamuddin berharap dalam usaha menangani masalah itu, sokongan diberikan oleh UMNO Bahagian Batu dan parti-parti komponen, terutama MCA dan MIC.

Lebih 1,200 orang menghadiri majlis tersebut.

 

Tinggalkan komen anda