Skip to main content
HomeViral

Penyiasat Malaysia Temui Banyak Lagi Serpihan Pesawat di Reunion

By 3 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SERI KEMBANGAN, 3 Ogos — Pasukan penyiasat Malaysia di Pulau La Reunion telah menemui beberapa lagi serpihan pesawat di kawasan pantai pulau tersebut.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan-serpihan yang ditemui akan dibawa ke Perancis untuk proses analisis.

“Kita telah menemui serpihan baru di Pulau La Reunion hari ini (Isnin), tetapi masih tidak dapat mengesahkan sama ada ia berasal daripada pesawat MH370.

“Ia perlu dihantar ke Perancis untuk disiasat dan selepas itu barulah pengesahan boleh dibuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan SJK (C) Bukit Serdang di sini, Isnin.

– MStar

Tinggalkan komen anda