Skip to main content
HomeViral

Kegiatan Seludup Diesel Guna Lori Ditumpas

By 12 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  : Pradeeb Kumar Velayutham

KUANTAN, 12  Ogos (Malaysiaaktif) – Sepasukan dari Unit Risikan Marin (URM) Kuantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel semalam.

Komander Polis Marin Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat orang awam, pasukannya yang membuat pemantauan terserempak dengan sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan pada lebih kurang pukul 12.00 tengahari.

Setelah diekori beberapa kilometer, anggota URM berjaya memintas lori berkenaan dan menahan seorang pemandu lori bersama rakannya berusia 56 tahun di kawasan Taman Satelit.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua buah tangki berisi 1,400 liter diesel, seunit pam dan segulung hos di belakang lori berkenaan.

“Pemandu lori juga gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pemilikan minyak tersebut,” katanya lagi.

Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM28,680 dan dibawa ke pejabat PPM Wilayah 3 untuk tindakan lanjut.

Tinggalkan komen anda