Skip to main content
HomeViral

Perlindungan Pekerja: PERKESO Lancar Ops Kesan 2015

By 12 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Sehingga Disember 2014, sebanyak 402, 039 majikan aktif telah mendaftar dengan seramai 6.2 juta pekerja mendapat perlindungan PERKESO.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab atas keselamatan sosial di Malaysia, PERKESO percaya masih banyak majikan aktif yang belum mendaftar untuk melindungi pekerjanya. Majikan perlu mendaftar mengikut Akta Keselamatan Pekerja 1969.

Pendaftaran ini penting bagi PERKESO melindungi pekerja yang terlibat dalam kemalangan, kecederaan, dan penyakit yang tidak membolehkan seseorang bekerja menerusi Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat.

Menurut Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz,  Ops Kesan 2015 akan dilancarkan pada 1 September ini.

Beliau yang ditemui ketika sidang media di Menara PERKESO Jalan Ampang pagi tadi berkata, “Bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun, majikan diminta tampil secara suka rela bagi mendaftarkan perniagaan masing-masing.

Pendaftaran boleh dibuat di 47 buah pejabat PERKESO di seluruh negara sebelum tamat tempoh pemutihan pada 1 September 2015.

Sekiranya masih gagal berbuat demikian, kompaun dan dakwaan akan diambil. Jika sabit kesalahan, majikan akan didenda sehingga RM10 000 atau di penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, majikan dan pekerja yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi  1300 22 8000 atau layariwww.facebook.com/perkeso.”

 

Tinggalkan komen anda