Skip to main content
HomeViral

Lebih 10000 hadir Rumah Terbuka Kementerian Wilayah Persekutuan

By 4 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Ibarat langkah kanan, lebih 10000 warga kota memenuhi Dataran DBKL bagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan tengah hari tadi.

Pada tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan turut mengumumkan transformasi terkini agar DBKL terus dinamik dan maju.

Menurut beliau, penjenamaan semula jawatan Ketua Pengarah dan jawatan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dinaikkan taraf kepada empat orang Pengarah Eksekutif Gred Utama A dan B.

Datuk Hajah Normah Malik dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi), Datuk Haji Mohd Najib Haji Mohd Pengarah Eksekutif (Perancangan), Haji Abdul Samad Lope Pihie Pengarah Eksekutif(Pengurusan), sementara Datuk Tan Keng Chok sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) berkuat kuasa hari ini.

Mereka yang terpilih dilihat mampu memperkukuh pembangunan infrastruktur dan kemajuan ekonomi bandar.

Tambah beliau, ‘kali terakhir penstrukturan DBKL adalah pada 1 Julai 2011’.

 

Tinggalkan komen anda