Skip to main content
HomeViral

Polis Sedia Bantu Melancarkan Acara Perlumbaan Grand Prix

By 5 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) –Polis hari ini mengesahkan mereka akan membantu dalam melancarkan acara perlumbaan Grand Prix Bandaraya KL 2015, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, ACP Zainol Samah berkata pihaknya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan keselamatan dan kecemasan pada bila-bila masa

“Tugas kita pada hari tersebut adalah untuk membantu pihak penganjur dalam melancarkan KL GP ini, terutama sekiranya berlaku apa-apa insiden atau kecemasan.”

Dalam pada itu, pihaknya telah pun mengatur strategi sebagai persediaan awal menghadapi acara perlumbaan itu

“Saya deploy satu sesi 100 orang, sesi kedua 100 orang, sesi ketiga lewat malam itu kurang sikit lebih kurang 20 orang,” katanya ketika ditemui media di Majlis Hari Raya Ibu Pejabat Polis Kontijen, Kuala Lumpur hari ini.

Tujuh batang jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup seawal pukul 7.30 pagi untuk semua kenderaan sempena acara Grand Prix itu.

 

Tinggalkan komen anda