Skip to main content
HomeViral

Polis Belum Terima Notis Perhimpunan Sabtu Ini

By 5 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) –Polis masih belum menerima sebarang notis daripada pihak penganjur berkaitan perhimpunan solidariti The Edge yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata beliau akan menghubungi pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perhimpunan itu.

“Sehingga kini saya belum mendapat notis daripada pihak penganjur tentang penganjuran perhimpunan tersebut, saya sedia menanti.”

“Saya juga akan menghubungi pihak penganjur untuk mereka datang memberi taklimat kepada kami bagaimana, di mana dan berapa ramai orang yang akan terlibat dalam perhimpunan tersebut”

“Sehingga kini belum ada apa-apa notis diberikan kepada saya, itu sahaja” tegas beliau ketika ditemui media di Majlis Hari Raya Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur hari ini.

Sebuah perhimpunan akan dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan disertai kumpulan wartawan Sabtu ini sebagai tanda solidariti kepada kumpulan media The Edge yang telah digantung penerbitan akhbar harian dan mingguannya.

 

Tinggalkan komen anda