
Oleh Dila Khamde
PUTRAJAYA, 25 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) – Peranan wanita dalam konteks pembangunan negara terus diberi keutamaan, khususnya dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diwujudkan dan diberi peruntukan sebanyak RM 2.26 bilion untuk memperkasakan agenda wanita di negara ini.
Sehingga Jun 2015 ini, penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam telah mencapai 33 peratus, iaitu 3 peratus lebih sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan., sementara sektor korporat pada kadar 15 peratus.
Dalam ucapannya di Majlis Hari Wanita Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya dicapai sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, beliau turut menyarankan agar lebih ramai pembabitan wanita dalam kelompok-kelompok kecil seperti Komuniti Perkumpulan Wanita 1Malaysia (Perwani) sebagai pemangkin, pencetus dan saling bantu-membantu bagi meningkatkan kesedaran wanita, serta dasar kerajaan supaya wanita dapat mainkan peranan dan memberi impak yang semakin berkesan.
Kementerian dan NGO juga diminta memberi tum khusus kepada ibu-ibu tunggal supaya menjaga nasib pembelaan persatuan ibu-ibu tunggal.
Penubuhan Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita (MPPW) adalah untuk bertindak sebagai badan penasihat bagi penambahbaikan dasar-dasar dan untuk terus menaikkan martabat wanita di negara ini.
Seramai 18 orang tokoh wanita daripada pelbagai bidang yang dilantik menjadi ahli Majlis telah menerima watikah dari Dato Seri Najib Tun Razak.
- Datuk Sri Rohani Abdul Karim
- Datuk Sabariah Hassan
- Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
- Tan Sri Datuk Zarinah Anwar
- Sri Tiara Jacquelina
- Datuk Jemilah Abu Bakar
- Datuk Hajah Hanifah Hajar Taib-Alsree
- Datuk Dr Nellie S.L Tan-Wong
- Senator Bathmawati Krisnan
- Prof Madya Dr. Madeline Berma
- Ainon Kuntum
- Low Ngai Yuen
- Tan Sri Datuk Seri Siti Norma Yaacob
- Yvonne Chia
- Nuraizah Shamsul Baharin
- Cheryl Yeoh
- Daphne Iking
- Ivy Nalammah Josiah
Turut hadir Rosmah Mansor. Seramai 3,000 orang telah hadir pada Majlis tersebut.