Skip to main content
HomeViral

Tun Akan Bagi Kerjasama Jika Dipanggil Polis

By 9 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SUBANG, 9 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya beliau dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya pada perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas membacanya di surat akhbar mengenai beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Sudah tentu saya akan pergi. Bila polis panggil, anda mesti pergi. Itulah cara hidup di Malaysia.

“Bila polis panggil anda untuk siasatan, anda mesti pergi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sekiranya beliau akan bekerjasama dengan polis.

Dr Mahathir yang baharu sahaja kembali dari Republik Czech bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakat sebelum ini berkata, Dr Mahathir merupakan antara beberapa ahli politik yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Khalid berkata, siasatan itu berhubung dakwaan Dr Mahathir bahawa ketua Umno bahagian menerima rasuah.

Ditanya mengenai dakwaan berkenaan, Dr Mahathir berkata, beliau mengetahui tentang isu rasuah tersebut.

“Saya tahu mereka disogok. Jangan bohong, jangan tipu. Cakap yang benar,” kata Dr Mahathir.

Ditanya mengenai bantahan yang akan diadakan oleh kumpulan ‘baju merah’ pada 16 September ini, Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuk meneruskan rancangan itu.

 

— The Star

Tinggalkan komen anda