Skip to main content
HomeViral

Pos Malaysia Lancar Setem “#sehatisejiwa” Hari Malaysia 2015

By 14 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, Selasa – Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem khas dan produk filateli bersempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia #sehatisejiwa.

Sebanyak dua setem se-tenant (kembar) dikeluarkan, memaparkan ilustrasi seni muzik dan tarian serta permainan tradisional. Setem ilustrasi itu turut diiringi setem-setem yang memaparkan imej yang menunjukkan semangat perpaduan dan patriotisme yang dijiwai semua rakyat Malaysia.

Setem se-tenant tersebut boleh didapatkan dalam denominasi 60sen dan 70sen dan boleh dibeli dengan harga RM1.20 dan RM1.40 setiap satu.

 

Print

 

“Setem khas ini bukan sahaja melambangkan warisan dan kepelbagaian budaya di Malaysia, tetapi juga menggambarkan rakyat berbilang kaum yang hidup dalam persefahaman dan saling hormat-menghormati tanpa mengambil kira perbezaan,” Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Azlan Shahrim berkata mengenai setem terbitan khas itu.

“Semangat kekitaan yang dikongsi oleh semua rakyat Malaysia dapat dilihat menerusi seni muzik dan tarian, dan melalui interaksi di antara satu sama lain semasa bermain permainan tradisional,” katanya.

Mengiringi keluaran setem se-tenant khas itu adalah lembaran mini yang menampilkan watak kartun pelbagai kaum di Malaysia yang sedang mengibarkan Jalur Gemilang; melambangkan perpaduan, persefahaman dan semangat setiakawan dalam bersama- sama membangunkan Malaysia. Lembaran mini tersebut berukuran 100mm x 70mm dan dijual pada harga RM3.00.

 

Print

 

Tinggalkan komen anda