Skip to main content
HomeViral

Cabaran Untuk 42 Orang Ahli Parlimen “Bermain”

By 10 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 10 September (Malaysiaaktif) – Bersempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober depan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melancarkan Garmin MP Steps Challenge di Parlimen pagi tadi.

Menurut Khairy, seramai 42 ahli Parlimen yang terlibat dalam cabaran perlu memakai Garmin Vivofit 2 bermula esok sehingga 2 Oktober depan.

 

IMG_1752

 

Ahli Parlimen yang mendapat ukuran purata tertinggi akan diberikan hadiah utama bernilai RM10, 000, sementara hadiah kedua bernilai RM7,500 manakala ketiga RM5,000.

Beliau juga berkata hadiah diterima dapat digunakan untuk memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara di kawasan masing-masing.

Cabaran terbahagi kepada dua kategori, iaitu Universe bagi 45 tahun ke atas sementara Olympic bagi 45 tahun ke bawah.

Tambah beliau, “Kita mungkin tidak sehaluan dalam bidang politik, namun  saya percaya sukan dapat menyatupadukan kita semua.”

 

Tinggalkan komen anda