Skip to main content
Home

Dua Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Di Bukit Grebar

By 26 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Tashiya Abdullah (Terengganu)

SETIU, 26 Sept (Malaysiaaktif) —  Dua maut dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Bukit Grebar di sini petang tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal itu berlaku pada kira-kira pukul 3 petang apabila kereta yang sedang menuju ke arah Kelantan tidak sempat mengelak motosikal yang dikatakan tiba-tiba melintas.

Kedua-dua mangsa yang maut adalah yang penunggang motosikal tersebut.

Menurut PBT Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ibrahim Jusoh, ketika kemalangan berlaku jalan raya begitu sibuk dengan kenderaan bertali arus.

Mangsa terbabit, Sulida binti Tadzam, 16 tahun dan Muhammad Firdaus Tadzam, 12 tahun, sementara pemandu kereta Honda Stream hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Tinggalkan komen anda