Skip to main content
HomeViral

Operasi Penerbangan LTSAAS Ditangguh Kerana Jerebu Teruk

By 26 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 26 Sept — Penerbangan dari Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz di Subang ditangguhkan kerana jarak penglihatan merosot disebabkan jerebu.

Apabila dihubungi, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata lapangan terbang tersebut ditutup kepada semua operasi penerbangan  pada kira-kira pukul 5 petang.

“Kami ingin menasihatkan semua penumpang supaya menjadualkan semula penerbangan mereka kepada esok (Ahad), kerana kami tidak pasti bila lapngan terbang akan dibuka semula,” katanya.

Menurut Ong, semua operasi penerbangan Firefly dari Subang hingga pukul 10 malam dan kesemua pernerbangan turut terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy pula berkata mereka belum memutuskan sama ada membatalkan penerbangan syarikat itu dari Subang kerana masih menunggu arahan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd berkata jarak penglihatan di lapangan terbang itu jatuh kepada hanya 350m, justeru tidak membolehkan pesawat mendarat atau berlepas.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 beroperasi seperti biasa.

 

–The Star

 

Tinggalkan komen anda