
Oleh Azimee Abdullah
PULAU PINANG, 19 Sept (Malaysiaaktif) — Satu program gotong royong diadakan di Taman Sungai Batu di sini hari ini sempena kempen mencegah wabak denggi.
Program yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang ini turut membabitkan beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Barat Daya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau sdan penduduk setempat.
Pameran Mencegah Denggi juga diadakan bersama pengedaran racun pemusnah jentik-jentik Abate kepada penduduk.
Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau.
Beliau kemudian menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan makanan kepada penerima yang kurang berkemampuan.