Skip to main content
HomeViral

IPU Pulih: Kementerian Arah Sekolah Dibuka Semula Esok

By 16 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 16 Ogos —  Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara dibuka semula pada Khamis selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali pulih sejak Selasa.

Dalam satu kenyataan, kementerian tersebut berkata sekolah di lima negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka akan dibuka seperti biasa pada 17 September.

Namun, sekiranya terdapat kanak-kanak yang kesihatannya terjejas akibat jerebu, mereka dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah dengan ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah berkaitan.

Sekolah di lima negeri diarahkan tutup pada 15 September kerana jerebu yang teruk.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku Gerisik Tiga di KLCC petang Rabu, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, sekolah di seluruh negara akan dibuka semula selagi IPU kekal di bawah bacaan 150.

“Cuaca kelihatan baik. Sejam yang lalu, IPU direkodkan antara bacaan 80 hingga 100,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda