Skip to main content
HomeViral

Lelaki Kashmir Tempeleng Imam Di Masjid Negara Ketika Solat

By 18 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Lelaki yang menampar Imam Masjid Negara ketika menunaikan solat Jumaat mendakwa terdengar suara halus yang menyuruhnya menjadi imam bagi menggantikan Mohd Zuhairee Mohd Yatim.

Suspek berusia 31 tahun dari Kashmir, India itu dilaporkan berada di saf kedua ketika Imam Mohd Zuhairee sedang mengimamkan solat pada rakaat pertama.

Semasa sedang membacakan surah, suspek dilapor telah mendekati imam dan menolaknya supaya tidak lagi mengetuai solat Jumaat tersebut.

Tindakan Mohd Zuhairee menepis tangan suspek daripada merampas mikrofon dibajunya menyebabkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu menamparnya sebanyak sekali.

Dua daripada jemaah kemudian menarik suspek yang masih belum dikenalpasti identiti penuh untuk diserahkan kepada pengawal keselamatan masjid.

Kejadian itu turut disedari jemaah lain dan mereka diminta menunaikan solat Jumaat untuk kali kedua.

Terdapat jemaah yang berang bertindak mengepung bilik keselamatan sebelum memukul suspek ketika dia dibawa untuk dimasukkan ke dalam kereta peronda polis.

Suspek yang dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee ditahan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Tinggalkan komen anda