Skip to main content
HomeViral

Polis Dalam Usaha Membawa Suasana Aman Di Brickfields

By 18 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Hisham Shah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Malaysiaaktif) –Polis bersama pihak berkuasa tempatan kini bekerjasama mewujudkan kawasan kejiranan lebih aman dan bebas jenayah melalui Operasi Total Enforcement Pilot Project di Little India, Brickfields di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi tersebut antara lainnya adalah untuk membanteras jenayah serta gejala sosial yang menggugat masyarakat.

Beliau berkata, kejayaan polis dan pihak-pihak terbabit menukar imej Jalan Petaling menjadi sandaran kepada operasi ini.

“Sebelum ini di Petaling Street misalnnya, sinonim dengan kegiatan gangsterisme, tetapi kini menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong. Kita berharap perkara yang sama berlaku di Little India,”katanya.

Acryl Sani menegaskan bahawa operasi ini akan dilakukan secara penguatkuasaan tegas untuk mewujudkan masyarakat yang patuh undang-undang.

Beliau berkata gerak kerja akan terus dilakukan sehingga undang-undang menjadi suatu kebiasaan di kawasan tersebut.

“Kita akan melihat langkah ini, sekiranya berjaya maka kita akan teruskan di tempat lain,”jelasnya dalam sidang media selepas melancarkan projek tersebut di NU Sentral

 

Tinggalkan komen anda