Skip to main content
HomeViral

NGO Bantah Tindakan Kerajaan Pulau Pinang Bunuh Anjing

By 18 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Lee Guan Hooi (Pulau Pinang)

GEORGETOWN, 18 Sept (Malaysiaaktif) — Sekumpulan NGO pencinta haiwan hari ini menyatakan bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas usaha untuk membunuh anjing.

Isu ini timbul apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bahawa Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai kawasan penyebaran penyakit anjing gila.

Berikutan itu, sekumpulan NGO berkumpul di perkarangan KOMTAR pada pukul 3.00 petang untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Seramai 10 orang wakil NGO pencinta haiwan itu turut menyatakan bahawa tindakan membunuh haiwan tersebut adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.

 

Tinggalkan komen anda