Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ramai Bersyukur BR1M Di Awalkan Menjelang Aidil Adha

By 22 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azrul Hasan, Azimee Abdullah, Hanafi Sariman, Zahari Zakaria & Md. Zabata Ibrahim

KEPALA BATAS, 22 Sept (Malaysiaaktif) — Rakyat bersyukur di atas bayaran BR1M yang diawalkan kepada 21 Sept setelah diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 18 September lalu.

Menurut beliau, kerajaan bersetuju pembayaran tersebut dipercepatkan berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha pada  24 September ini.

Rata-rata penerima akan menerima bayaran BR1M melalui akaun yang dikreditkan terus bermula pada tarikh tersebut.

Beberapa penerima yang ditemui menyatakan kegembiraan mereka terhadap pelaksanaan bayaran tersebut.

Pekerja restoran, Nurfatin Razali, 24, menyifatkan pembayaran awal wajar bagi membantu persiapan sambutan Hari Raya Aidiladha.

 

20150921220819 (1)

Nurfatin Razali, 24, menyifatkan pembayaran awal wajar membantu persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.

 

“Saya turut berharap agar jumlah BR1M dapat dinaikkan lagi pada tahun hadapan,” katanya.

Hemendran, 24, turut menyokong tindakan kerajaan mengawalkan pembayaran BR1M kerana ia merupakan inisiatif yang amat baik bagi meringankan beban, terutama sekali kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam bagi menghadapi musim perayaan.

 

20150921220819

N. Hemendran, 24, sokong tindakan kerajaan mengawalkan pembayaran BR1M.

 

Seorang ibu tunggal, Noorita Darus, 45, berkongsi pendapat yang sama. Beliau berkata pembayaran awal membantu meringankan bebannya. Dalam pada itu beliau berharap kerajaan mempertimbangkan skim-skim bantuan lain bagi membantu rakyat kurang berkemampuan.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan pemberian BR1M tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.  Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari lalu, manakala peringkat kedua pada 28 Mei lalu.

 

Tinggalkan komen anda