Skip to main content
Home

Perarakan ‘SehatiSejiwa’ Daerah Cetus Semangat Kemerdekaan

By 3 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Salwa Izhar

BANDAR BAHARU, 3 Sept (Malaysiaaktif) — Majlis perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berlangsung di pekan Serdang pagi tadi merupakan usaha untuk menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

Sebanyak 40 kontinjen, termasuk jabatan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan sekolah sekitar Daerah Bandar Baharu mengambil bahagian.

 

20150902225623

 

Majlis bertemakan “SehatiSejiwa” seperti yang digunakan di mana-mana tahun ini bermula awal pagi dengan persembahan kebudayaan mewakili masyarakat-masyarakat utama di Malaysia dan disusuli pertunjukan pancaragam dari SMJK Chio Min dan SJK(C) Chong Cheng, kulim.

Daerah Bandar Baharu yang bersempadan dengan bandar Parit Buntar, Perak di seberang Sungai Kerian tidak mengadakan sebarang aktiviti sempena Hari Kebangsaan sejak hampir 10 tahun.

Inisiatif tahun ini dicetuskan Pegawai Daerah Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman.

 

20150902225623 (2)

 

Tinggalkan komen anda