Skip to main content
HomeViral

Boleh Siasat Tun, Sekarang Beliau Di Jordan, Kata Pembantu

By 3 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 3 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad buat sementara waktu tidak dapat disoal siasat oleh pihak polis berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu berikutan beliau kini berada di luar negara sehingga 9 September.

Menurut pembantu peribadinya, bekas perdana menteri itu ketika ini sedang membuat kunjungan ke Jordan.

“Ia bergantung kepada polis untuk memanggil Dr Mahathir pada bila-bila masa yang mereka mahu. Bagaimanapun, beliau ketika ini di luar negara,” katanya pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu berkata, bekas perdana menteri itu bersama ahli politik lain termasuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4.0.

Pada malam Sabtu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kunjungan mengejut ke Dataran Merdeka.

Beliau kemudiannya membuat kemunculan kedua pada hari berikutnya dan memberikan ucapan pada perhimpunan itu dengan mendakwa pemimpin Umno terlibat dengan rasuah.

Dr Mahathir kemudiannya menjelaskan menerusi kenyataan di blognya bahawa penyertaan beliau dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti namun beliau bukan penyokong penganjur himpunan itu, Bersih 2.0.

— The Star

Tinggalkan komen anda